Nuffnang 4

Friday 26 July 2013

Fakta 2 Minit - Fakta Wolverine

#Fakta Mengenai Superhero Wolverine

The Wolverine - Movie In A Pic



The Evolution of Wolverine

Cool - When wolverine meets the wolverines

#wolverine meets another wolverine



Review Cinema - Filem "The Wolverine"

#The Wolverine

Sape yang dah tengok cerita wolverine? sila angkat kaki! bagi yang belum tgk, rating bagi untuk filem ini boleh dikatakan 3.5/5. Jalan cerita agak kurang menarik, terlalu banyak adegan "imbas Kembali", "mimpi" sehinggakan plot cerita menjadi kurang menarik. Aksi juga kurang dan tiada adegan berlawan yang boleh dikategorikan sebagai "awesome". Bagaimana pun, cerita ini masih menarik dari segi watak yang ditonjolkan dan diharapkan filem wolverine selepas ini lebih menarik dan hebat. n one more, jangan keluar dari panggung wayang dahulu disebabkan ada sedikit slot sambungan selepas senarai watak-watak dikeluarkan. ingat tue!


Berita - Kegilaaan Rakyat Malaysia Terhadap Figura Minion (9 Pic)

#Fenemone minions

Mcd baru-baru ini telah mengeluarkan figura minions sempena tayangan filem "Despicable Me 2" yang telah mendapat sambutan dari rakyat Malaysia yang tidak dijangkakan. Kegilaan ini juga dikatakan telah merebak ke negara-negara jiran seperti Singapuran dan Brunei. Mempunyai 9 figura yag dikeluarkan pada tarikh-tarikh yang berbeza dan pembelian ini akan diperolehi dengan pembelian set happy meal. Respon dari rakyat Malaysia terhadap minions pada malam pengeluaran figura baru boleh dikatakan gila dan boleh dilihat dengan kesanggupan beratur panjang untuk membeli set happy meal. This is crazy!















Monday 22 July 2013

Fakta 2 Minit - Nama-nama watak Minions dalam filem Despicable Me yang Comel

#Bababa..nananana...

Baru-baru nie keluar cerita despicable me 2 yang membawa kembali watak comel Minions. so mcD pun ambil peluang untuk keluarkan permainan dari watak minions nie yang membuatkan Mcd diserbu dengan ramainya oleh mak mak bapak bapak atuk atuk opah opah sekalian untuk mendapatkan permainan edisi terhad tersebut. So rasanya tak ramai yang tahu pasal watak comel nie walaupun dah berhempas pulas berebut beli kat McD. bagi yang tak tahu boleh baca  kat bawah nie .. nampak semuanya sama tapi kenyataannya berbeza..okeyh. knowledge dude!

Lawak - Perisa baru Sempena Raya

#Flavour baru


Sunday 21 July 2013

DesTnasi - Penang Street Art

#Penang Street Art

Bagi yang nak melawat penang boleh lah pergi melawat gambar-gambar 3D disekitar penang yang sungguh awesome..




HOO-B - Koleksi Komik

#Komik

Ada beberapa gambar komik yang ada dalam simpanan. akan update lagi selepas nie.




HOO-B - Figura Dragon Ball

#Figura

Beberapa koleksi figura Dragon Ball + figura predator + gundam


Cool - Merah tanda cinta (Love)

#Traffic lite yang lain dari lain

Gambar nie sempat di "spot" di Bukit Jalil.




Saturday 20 July 2013

HOO-B - Gunpla - MG 1/100 + Big Scale 1/60 (2 Pic)

# Gundam

MG Scale Collection + Big Scale




HOO-B - Gunpla - 1/60 Freedom Gundam (4 Pic)

#Gundam besar punyerrr...

Model: Freedom Gundam
Scale: Real Details 1/60 (Big Scale)
Generation: Seed


HOO-B - Gunpla - MG 1/100 - Gundam Heavyarms (3 Pic)

#Gundam

Model: Gundam Heavyarms
Scale: MG 1/100
Generation: Seed





HOO-B - Gunpla - RG 1/100 - Astray Blue-Frame (Second L) (2 Pic)

#Gundam

Model:Gundam Astray Blue-Frame Second L
Scale: RG 1/100
Generation: Seed


HOO-B - Gunpla - MG 1/100 Ace Titus (4 Pic)

#Gundam

Last time ada tunjukkan koleksi gundam versi BB- Non Scale. So, this time nak share koleksi MG 1/100 yang sempat dicapture picturenya..#layan.

Model: Gundam Ace-1 Titus (Earth Federation Forces Mobile Suit)
Scale: MG 1/100
Generation: AGE Generation



Thursday 4 July 2013

Wednesday 3 July 2013

Website belajar menghasilkan gambar photoshop yang awesome (step-by-step + illustration)

#Photoshop

Mesti ramai yang tahu dan guna software photoshop kan? terutama yang jenis suka mengedit wajah yang budget hot tue. asalnya nk edit jadi cantik+hensem tapi last2 jadi zombie. bagi yang kaki youtube mesti dh biasa search disitu dan belajar tapi sebagai tambahan website kat bawah nie ada provide tutorial step-by-step untuk edit mengedit nie.


12 cara menarik keberkatan dari Dr.Azizan

#Kuasa Minda
#Syukur pada Allah, terima kasih pada manusia.

Semalam sempat la join satu short talk bersama Dr.Azizan? kenalke? bkn dr.rozmey yer. Kalo tak kenal boleh tgk rupa Dr.nie kat fb (https://www.facebook.com/azizanosmanofficialpage). Atau bagi yang tak cam lagi rupa dia, mesti cam ayat yang dia selalu guna " kuasa minda". So, diantara tips dari beliau yang nk dikongsikan ialah 12 cara menarik keberkatan dan beberapa tips sampingan yang lain. Menurut Dr.Azizan, dengan keberkatan yang diperolehi maka perkara2 negatif seperti stress dapat dielakkan.


(12 S)
1. Senyum (kena sentiasa senyum)
2. Syukur (syukur dengan apa yg ada dan berterima kasih kepada yang memberi)
   cth: Berterima kasih pada suami, isteri, anak dan ibu bapa.
   cth: berterima kasih pada bos, sebab bagi gaji.
Menurut Dr.Azizan, apabila kita asyik menerima(receiving) tanpa membalas semula ia akan menyebabkan diri kita menjadi tak balanced dan seterusnya membawa kepada fikiran yang negatif. Cuba bayangkan, kamu sebagai seorang  bos dan mempunyai beberapa anak buah, dan setiap kali gaji anak buah mengucapkan "terima kasih", apa yang kamu akan rasa? so. sentiasalah berterima kasih.insyaallah ada keberkatan disitu. Mungkin juga ada yang berpendapat rezeki itu kebenarannya datang dari Allah,  tapi janganlah kita lupa yang, saluran penerimaan gaji itu dari siapa dan tak rugi mengucapkan terima kasih.

3. Sedekah (Bersedekah sentiasa setiap hari, dan waktu paling bersesuai adalah pada waktu pagi)
4. Sujud (sujud dalam solat 17 kali sehari bagi yang muslim)
5. Seronok (seronok dengan apa yang dilakukan walaupun kenyataannya yang berbeza)
6. Silaturrahim (merapatkan hubungan dengan org lain)
7. Sumbangan (sumbangan = do more than usual) cth. kerja lebih dari yang sepatutnya/dikehendaki
8. Salam
9. Sikap (memperbaiki sikap, dan berjanji untuk berubah kepada kebaikan)
10. Suci (bayar zakat, self check sblm tido. maafkan kesalahan org lain setiap hari sblm tido)
11. Sabar (sentiasa bersabar dengan dugaan, halangan)
12. Serah (submit/tawakal)

X-klusif - kesan solat ke atas tubuh badan dan kesihatan seseorang

#Power of Science n Solat

Hasil Kajian Kejuruteraan Bioperubatan Universiti Malaya (UM):



SUBUH

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna BIRU MUDA yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu subuh ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu BIRU MUDA tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi, mereka yang terlewat Subuhnya sebenarnya sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

ZOHOR

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyrak & dhuha) dan kemudian warna KUNING menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi, mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zohornya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

ASAR

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna OREN, iaitu masuknya waktu Asar di mana spectrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari, dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal waktu Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad dan roh ini terpisah (tidur la tu..). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu asar ini amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

MAGHRIB

Menjelang waktu Maghrib, alam akan berubah ke warna MERAH dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib la dulu…) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

ISYAK

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna INDIGO dan seterusnya memasuki fasa kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan system kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam kegelapan dan sebetulnya,inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan system tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu, dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus, dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam ini dipanggil Qiamullail. 

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurnia’kan syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambaNya atas sifat Pengasih dan PenyanyangNya sebagai pencipta kerana Dia tahu hambaNya ini amat-amat memerlukanNya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi cuba mengenengahkan amalan-amalan lain yang difikirkan baik untuk kesihatan, sedangkan solatnya entah ke mana…???

Jadi,marilah sama-sama kita menjaga waktu solat yang sememangnya jelas memberi impak terhadap kesihatan tubuh badan kita. Peringatan untuk diri sendiri dan semua kawan-kawan.


Sumber:www.facebook.com

Berita - Jawapan bagi persoalan bunyi pelik di kota samarahan dan di canada

Persoalan bunyi pelik yang wujud di kota samarahan terjawab dengan saintifiknya. Hopefully, tiada lagi fakta-fakta mengarut after this.

Bunyi di Canada:


Bunyi di Kota Samarahan:

Jawapan kepada kemunculan bunyi ini: 

HAARP Conspiracy Theory




They say project HAARP is for research. They say it's for communications. But the real motive is much more sinister.


Just The Facts
1.     it was created in 1997, back when global warming didn't exist, and nobody gave a fuck about the environment. A tradition we keep to this day.

2.     There are only two facts here.
3.     $30 million has been invested into the project since itstarted. That's 3 billion 1p sweets. Which would you rather have?

The science behind it

The problem with us humans, is that no matter what we create, it'll eventually be used for one of two things; war, or boning. Unfortunately the weather provides no sexual stimulation, so this leaves the former.
Project HAARP = High-frequency Active Auroral Research
The name of this 'research' is a bullshit name protecting it's potential to be worse than a nuclear bomb. It can be used to create a sci-fi type world war, thus pretty much ending the human race as we know it.
How could this be done?
By raping the sky with energy rays from large amounts of antennas placed at HAARP's location in Alaska. These rays of energy could then potentially be reflected back into the Earth's ionosphere on an extremely low frequency, called ELF waves, which will seriously fuck up your shit. This can change the ELF waves to an extremely dangerous weapon.
The ELF waves are capable of penetrating your own god damn brain. Put your cell phone on vibrate. Now put it to your head. Times this force by at least a million. You have just experienced the potential of HAARP. On top of this, the vibrations could influence brain activity. I.E they could brainwash you. And make you do anythng. See that ugly chick across the bar? Do you want to have sex with her? No? Well you might have to one day. This could not only paralyze you completely, but could cause you to go insane. These waves can also make their way through concrete walls and steel.

The conspiracy

These low frequencies improve radio contact between people, even if you're inside a thick concrete bunker or a submarine. The military might be able to prank call the korean subs with ease, locate missiles and detect bunkers created by the 'enemy' but I highly doubt this is worth paralyzing anyone who is between the wave and the wave's destination. That's like them firing missiles at each other with you being completely immobile in between them.

It can also block signals from any electronic device, which would mean you could stop anyone, anywhere from communicating electronically. Which would stop Koreans from gold mining in MMORPGS, and make it so they have to communicate via carrying pigeon, but they could also do it to you. Or your mother.
The pros of this project are good, but at no point outweight the terrifying cons of it's technology.
To this day, nobody completely understands how the ionoshpere will react to being anally raped by energy rays. Remember the large hardon (see what I did there?) collider, and how they're throwing atoms at each other just to see what will happen? This is basically it, except there's no 50 million to one chance of something bad happening. The odds are far, far less. Together with the ozone layer, the ionosphere protects the us from being fried by the sun. We're being so pissy about global warming destroying the ozone layer (VERY, VERY slowly) this could destroy the ionosphere in seconds.
The military will obviously refuse to acknowledge this, as overcompensating for a small penis by controlling the weather to win at war is far more important than the Earth's safety. They'll just assume nothing is going to happen.
Despite warnings and protests, it's going agead anyway. They're pouring $30 million dollars into it. 60 antennas are being tested already. Searching project HAARP into youtube will show you footage that proves something is going on.
Scientists intend to heat the ionosphere with the antennas, in turn this will create ion clouds that will replicate an optical lense, which will reflect the ELF waves and rain shit down upon us. They can be aimed at anywhere at all, depending on where the waves are going.
The truth is, that HAARP camouflages the worlds biggest weapon ever created, one that could literally destroy the world. They're saying it's all research, but I'd rather call BS on this one and man the harpoons. If this thing works, get some ribs removed. Then you can kiss your own ass goodbye. Amongst other things. You know what I'm talking about. Don't say you wouldn't. Because you would.
Wake up, our skies are being programmed, and we're not far behind.

kelebihan berbuka puasa dengan buah kurma

Umat Islam memang sudah biasa dengan amalan sunnah memakan buah kurma pada bulan ramadhan dan puasa sunat. Tapi sebenarnya apakah kelebihan atau keistimewaan buah kurma, terutamanya sebagai pembuka puasa? Jom kita teliti kandungannya:


Umat Islam memang sudah biasa dengan amalan sunnah memakan buah kurma pada bulan ramadhan dan puasa sunat. Tapi sebenarnya apakah kelebihan atau keistimewaan buah kurma, terutamanya sebagai pembuka puasa? Jom kita teliti kandungannya:
  1. Gula Ringkas: Ia mengandungi fructosa dan dekstrosa (glukosa atau gula ringkas) yang membekalkan tenaga yang cepat. Memang sesuai semasa berbuka.
  2. Serat atau fiber: Kurma bukan sahaja memberikan tenaga cepat melalui gula ringkas, malah fiber/serat sesuai untuk penghadaman dan memberikan tenaga yang berpanjangan. Fiber memang sesuai untuk memperlahankan penghadaman dan tidaklah memberi kejutan kepada perut yang kosong. Juga sebagai “alas perut” sebelum memakan makanan yang lebih berat.
  3. Rendah Sodium: Ini penting pada waktu di mana kita kekurangan air. Makanan yang tinggi sodium (garam) mempercepatkan dehydration.
  4. Tinggi Potassium: Potassium penting dalam menyeimbangkan bendalir badan, termasuklah kawalan denyutan jantung dan tekanan darah.
  5. Antioxida: Kurma kaya dengan antioxida seperti beta-carotene, lutein and zeaxanthin. Mungkin bukan faktor penting apabila berpuasa tetapi tetap ada kebaikan untuk sistem imunisasi badan.
  6. Lain-lain: Kurma juga kaya dengan protein, vitamin B1, B2, B3 and B5, A dan C. Selain itu juga mengandungi kalsium, manganese, copper, besi (iron) dan magnesium.

Buah Kurma Boleh Menggemukkan Tak?

Ya. Ia tetap berkalori (dalam 30-60 kalori/kurma bergantung kepada saiz dan kemanisan), jadi jangan berlebihan. 2 biji kurma untuk berbuka sudah memadahi.

Tuesday 2 July 2013

Berita - Pandangan Tuan Guru Haron Din Berkenaan “Zikir Sambil Menari”

Baru-baru nie keluar isu berkenaan dengan zikir dalam bentuk seperti tarian. ikuti video dibawah dan pandangan Tuan Guru Haron Din mengenai isu ini.
Kadang-kadang ada yang memberi jawapan tentang sesuatu hukum itu mengikut ‘rasa’, seperti soalan anda tentang hukum menari yang diamalkan oleh puak sufi seperti di atas, penjawab itu berkata rasanya tidak boleh. Mungkin juga ada orang lain yang akan menjawab rasanya boleh.
Jawapan bagi persoalan agama bukan boleh dimain dengan ‘rasa’. Ia memerlukan sandaran hukum yang perlu dirujuk kepada sumber yang sahih.
Berkenaan dengan zikrullah, Allah SWT berfirman (mafhumnya): “Iaitu orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): ‘Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.” (Surah ‘Ali-’Imran ayat 191).
Ayat ini memberi isyarat bahawa zikrullah boleh dilakukan dalam pelbagai keadaan dan gaya.
Ummul Mukminin Aisyah r.ha. pernah melaporkan bahawa Rasulullah SAW berzikrullah (berzikir kepada Allah) dalam semua keadaan. Sedang berjalan, menaiki kenderaan, di atas kenderaan, berbaring, duduk dan bermacam lagi pernah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW.
Dalam satu riwayat pernah diceritakan bahawa Jaafar bin Abi Talib r.a (sepupu Rasulullah), pernah menari-nari melenggok lentuk di hadapan Rasullullah SAW sebaik sahaja beliau mendengar Rasulullah SAW menyebut kepada beliau, “Allah menjadikan rupa parasmu seiras dengan Allah menciptakan daku.”
Mendengar kata-kata yang seindah dan semurni itu, terus ditakbirkan dengan menari-nari di hadapan Rasullullah SAW. Tingkah laku beliau itu atau ‘body language’ beliau tidak ditegah atau ditegur oleh Rasulullah SAW.
Di sinilah dikatakan atau dijadikan asal usul sandaran bahawa menari-nari sambil berzikir kepada Allah yang dilakukan oleh ahli tarikat atau golongan sufiyah, ada sandarannya.
Sahlah berlaku tarian di majlis zikir yang dihadiri oleh ulama besar yang muktabar. Antara mereka ialah al-Imam Izzuddin Abdus Salam dan tidak diengkarinya.
Ditanya Shaikhul Islam Sirajuddin al-Balqini tentang persoalan tari- menari dalam majlis zikir, lalu dijawab beliau dengan mengiyakannya, yakni boleh dilakukan.
Ditanya al-Allamah Burhanuddin al-Abnasi, perkara yang sama, maka beliau menjawab dengan membolehkannya.
Ditanya ulama besar dalam mazhab Hanafi dan Maliki, semuanya menjawab, “Tidak mengapa dan boleh dilakukan.”
Semua jawapan ini dibuat dengan bersandarkan kepada ayat dalam Surah ‘Ali-’Imran di atas berserta hadis yang diriwayatkan oleh Jaafar bin Abi Talib r.a. Adapun tarian yang dilarang adalah tarian yang bercampur lelaki perempuan yang bukan mahram, lebih-lebih lagi ia diadakan dalam majlis yang kemaksiatannya ketara seperti berpakaian tidak menutup aurat, diiringi dengan muzik dan suasana yang mengundang kepada syahwat dan lain-lain.
Itulah yang disebut haram. Haram bukan soal tarian, tetapi dilihat dari aspek persembahan, suasana dan dilihat dengan jelas kemaksiatan. Adapun tarian dalam zikrullah, adalah tarian khusus yang lahir daripada rasa kesyahduan kepada Allah, dengan kelazatan munajat dan bertaladdud (berseronok kerana zikrullah).
Perasaan seronok dan lazat itu yang diketahui oleh orang yang mengetahuinya, merupakan anugerah Allah kepada mereka. Mereka hendak menunjukkan bahasa badan (body language) mereka dengan menari-nari tanda keseronokan, tetapi dibuat kerana Allah SWT. Atas itulah pada pendapat saya bahawa tarian dalam majlis-majlis sufi itu adalah harus.
Untuk menyatakan haram atau tidak boleh memang mudah, tetapi harus disandarkan kepada dalil. Jika tidak ada dalil atau hujah, berbaliklah kepada hukum feqah bahawa, “Asal semua perkara adalah harus sehingga ada dalil yang membuktikannya haram.”
Oleh itu berzikrullah yang difahami dari ayat al-Quran di atas, hadis Rasulullah SAW dan pandangan ulama muktabar, maka saya menyatakan ia harus dan bukanlah haram.
Wallahu ta’ala a’lam.

Sumber: Harakah Daily

Berita - Gegaran gempa dirasai di Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor, Melaka

KUALA LUMPUR: Gegaran dirasai di Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor dan Melaka berikutan satu gempa bumi bermagnitud 6.1 pada skala Richter di Sumatera Utara, Indonesia pada 3.37 petang ini.
Jabatan Meterologi dalam satu kenyataan berkata gempa itu berpusat di 65km Barat Daya dari Lhokseumawe, Indonesia dan 385km Barat Daya dari Balik Pulau, Pulau Pinang. 
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dikesan.

Di Pulau Pinang, lebih 100 orang yang berada di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) keluar dari bangunan itu setelah merasai gegaran bangunan setinggi 65 tingkat itu.

Seorang saksi, Nurul Amarlina Mohamad Adam Yap, 25, berkata beliau terasa pening selama beberapa minit dan tidak menyangka ia adalah kerana gegaran bumi.

"Saya ingat saya yang pening, kemudiannya ramai yang terasa juga dan baru kami sedar berlaku gempa bumi," katanya di sini.

Sementara itu, jurucakap Balai Bomba Jalan Perak ketika dihubungi berkata pihaknya menerima banyak panggilan mengenai gegaran itu dan mengesahkan ianya adalah akibat gempa bumi di Sumatera Utara.

"Bagaimanapun tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku dan setakat ini bomba tidak menerima sebarang panggilan kecemasan," kata beliau. - Bernama

Monday 1 July 2013

Koleksi Gundam Terawal (2009) (11 Pic)

old skol!

Koleksi gundam yang terawal. masa nie first time pasang gundam. pasang satu gundam pun ambil masa 2 hari. Nak beli pun kena tunggu duit ptptn masuk dulu.