Nuffnang 4

Tuesday 7 May 2013

In4 - 8 Perkara Yang Tidak Diketahui Mengenai Iron Man

# Study.




#1 - Tom Cruise adalah merupakan calon bagi watak Iron Man. Namun begitu beliau telah menolak melakonkan watak tersebut kerana kurang berpuas hati terhadap skrip yang dihasilkan.


#2 - Nama panjang bagi J.A.R.V.I.S. adalah "Just a Rather Very Intelligent System.".Diwujudkan sebagai robot pembantu Tony Stark(Iron Man).




#3 – Suit asal  Iron Man mampu menampung berat sehingga 100 Tan. Begitu juga had maksimun yang mampu diangkat oleh Hulk ketika tenang. Namun begitu, Tony Stark telah menghasilkan satu lagi suit Iron Man yang baru dimana mampu menampung berat sehingga 175 Tan dimana lebih 75 Tan dari keupayaan Hulk.


#4 - Iron Man menjangkau 50 Tahun pada tahun Ini. Diperkenalkan pertama kali dalam “Tales of Suspense# 39” pada tahun 1963 di kemuncak Perang Dingin.  Iron Man juga pada pertama kalinya dianggap sebagai wira anti-Komunis.

#5 - Robert Downey, Jr adalah merupakan Salah satu Superhero tertua Dunia. Filem Superhero cenderung untuk dikuasai oleh pelakon muda seperti Chris Evans, Andrew Garfield dan Chris Hemsworth, tetapi usia Downey menjangkau  48tahun pada  bulan lepas. Ini menjadikan dia salah seorang pelakon yang tertua yang pernah melakonkan watak sebagai  superhero.


#6 - Pengarah filem  'Iron Man 3' mengubah watak Mandarin. Kepada peminat komik, Mandarin adalah salah satu musuh Iron Man yang paling dikenali, tetapi pengarah filem telah mengubah watak tersebut dengan beberapa ciri seperti  Mandarin tidak lagi Cina, dan tidak lagi mempunyai cincin kuasa yang diperoleh dari sebuah kapal angkasa makhluk asing terhempas.

#7 - Mandarin Hampir Muncul dalam 'Iron Man' yang Pertama. Skrip awal untuk filem pertama 'Iron Man' menonjolkan Mandarin, tetapi pengarah Jon Favreau mengubah idea tersebut  kerana beliau merasakan watak  itu terlalu "fantastic dan ditukar kepada sekumpulan pengganas yang dikenali sebagai “ten ring”,.


#8 Suit Iron Man adalah hampir menjadi realiti . Lockheed Martin adalah salah satu daripada beberapa syarikat dalam proses membangunkan suit Iron Man . Pembinaan suit ini adalah bertujuan bagi membantu askar membawa beban sehingga 200 lbs. pada kelajuan 10 MPH untuk tempoh yang lama.

Images kredit: http://loljam.com/

No comments:

Post a Comment