Nuffnang 4

Saturday, 31 August 2013

ICT - Apakah "POWER BANK"?

#Power Bank

Power bank adalah peranti yang direka khas untuk menolong meningkatkan jangka hayat, atau ketahanan kuasa bateri peranti mudah alih terutamanya telefon pintar dan tablet. Peranti ini mempunyai fungsi untuk menyimpan kuasa bergantung kepada kapasiti power bank tersebut.
   Fungsi power bank ini juga selalu diistilahkan sebagai pengeas mudah alih yang boleh dibawa kemana sahaja dan membantu pengguna mengecas peranti mobil tanpa bantuan sumber elektrik. Keupayaannya untuk menjadi pembantu ketika pengguna mengalami masalah kehabisan bateri semakin mendapat tempat dihati pengguna.

15 tip memilih Power Bank:

1-Jenama
Pilih Power Bank yang sudah mempunyai jenama dan dikenali dan memiliki pensijilan UL (underwriters laboratories) untuk kepastian dan keselamatan.

2-Pembuat
Semak samaada syarikat pengeluar tersebut benar mempunyai kepakaran dalam pembuatan Power Bank bagi mengelakkan membeli Power Bank yang tiruan.

3-Kualiti
Kualiti menntukan ketahan Power Bank tersebut.

4-Ciri khas
Ambil kira ciri-ciri tambahan seperti port tambahan.

5-Kapasiti
Pilih kapasiti Power Bank mengikut keperluan dan bukan keinginan.

6-Jaminan
Pilih Power Bank yang mempunyai tempoh jaminan(warranty) paling kurang setahun.

7-Model
Bergantung kepada pembeli namun perlu mengambil kira maklumat diatas.

8-Bateri
Pilih ketahan bateri yang bersesuaian dengan kadar penggunaan Power Bank tersebut.

9-Sekuriti
Semak ketulen bateri pada label kotak dan pastikan ia bukan dari penggunaan bateri recycle.

10-Output
Semak voltan pada port output Power Bank kerana ia mempengaruhi kepantasan pengecasan dan juga pengeluaran kuasa secara maksimum.

11-Plug
Pilih Power bank yang tidak terlalu khusus untuk peranti tertentu sahaja.

12-Indikator
Semak samaada Power Bank tersebut memiliki indikator seperti pengecasan berlebihan dan kawalan suhu.

13-Kabel
Mempunyai sokongan untuk penggunaan kabel data original peranti.

14-Harga
Survey harga sebelum pembelian dengan mengambil kira kualiti, dan spesifikasi yang ditawarkan.

15-Set
Semak pakej / set yang akan diperolehi semasa pembelian Power Bank.



ICT - Apakah "PHABLET"?

#Phablet

Phablet adalah sejenis telefon pintar yang saiznya di antara 5 hingga 7 inci, selain mempunyai keupayaan multi-tugas yang merangkumi telefon pintar dan tablet mini. Sebelum ini, telefon pintar yang bersaiz 4 hingga 5 inci dianggap paling ideal dan selesa digunakan. Bagaimanapun, pola ini nampaknya berubah akhir-akhir ini.

Saiz Luar Biasa:
Biarpun saiz yang agak besar menyebabkan sedikit rasa tidak selesa ketika menaip, menyimpan, menefon, dan sebagainya, namun ciri-ciri khas yang ditawarkan memastikannya tetap menjadi pilihan ramai pada masa kini. Hakikatnya, faktor kejanggalan itu cuma "gangguan" sementara kerana tingkah laku pengguna telefon pintar kini lebih gemar memegang telefon pintar mereka berbanding menyimpannya didalam poket. Malah ada beberapa faktor yang menyebabkan pengguna lebih gemar memiliki phablet, berbanding telefon pintar biasa. Antaranya:

1- Pembacaan
Skrin yang lebar membenarkan lebih banyak teks dipaparkan tanpa perlu zoom. Ini meliputi fungsi-fungsi yang terdapat pada tablet mini yang menjadi pilihan pengguna sebelum ini. Fungsi berkenaan juga sesuai untuk membaca mesej, melayari internet, ebook, dan sebagainya.

2- Tontonan
Kandungan video akan lebih interaktif dan terperinci berbanding telefon pintar biasa yang mempunyai resolusi skrin yang lebih kecil. Malah teknologi yang digunakan pada skrin phablet, biasanya setanding dengan apa yang digunakan pada tablet mini.

3- Interaktif
Peranti ini membolehkan sokongan untuk kandungan lain seperti permainan (games), aplikasi, dan sebagainya yang menawarkan interaksi yang lebih kompleks dan mendalam. Kalau pada peranti biasa keadaan ini mungkin akan menyebabkan sudut pandangan yang terpecah, isyarat/ input yang lebih besar dan lain-lain lagi.
    Semua tugas yang sebelum inidimonoploi melalui penggunaan komputer peribadi (pc), kini telah digabungkan sepenuhnya dalam sebuah peranti yang lebih kecil saiz skrinnya Semestinya phablet yang memiliki skrin lebar beresolusi tinggi - ada yang berdefinisi tinggi penuh (full HD) - memberi lebih kepuasan kepada penggunanya.

Calon Phablet Terbaik 2013:
1- Sony Xperia Z ultra
2- Samsung Galaxy Mega
3- Huawei Ascend Mate
4- Alcatel One Touch Scribe HD
5- Samsung Galaxy Note 2

Sumber: Majalah PC #200

DesTnasi - Tip Bercuti ke Krabi Thailand (2013)

Krabi - Ogos 2013!



Wednesday, 14 August 2013