#Power Bank
Power bank adalah peranti yang direka khas untuk menolong meningkatkan jangka hayat, atau ketahanan kuasa bateri peranti mudah alih terutamanya telefon pintar dan tablet. Peranti ini mempunyai fungsi untuk menyimpan kuasa bergantung kepada kapasiti power bank tersebut.
Fungsi power bank ini juga selalu diistilahkan sebagai pengeas mudah alih yang boleh dibawa kemana sahaja dan membantu pengguna mengecas peranti mobil tanpa bantuan sumber elektrik. Keupayaannya untuk menjadi pembantu ketika pengguna mengalami masalah kehabisan bateri semakin mendapat tempat dihati pengguna.
15 tip memilih Power Bank:
1-Jenama
Pilih Power Bank yang sudah mempunyai jenama dan dikenali dan memiliki pensijilan UL (underwriters laboratories) untuk kepastian dan keselamatan.
2-Pembuat
Semak samaada syarikat pengeluar tersebut benar mempunyai kepakaran dalam pembuatan Power Bank bagi mengelakkan membeli Power Bank yang tiruan.
3-Kualiti
Kualiti menntukan ketahan Power Bank tersebut.
4-Ciri khas
Ambil kira ciri-ciri tambahan seperti port tambahan.
5-Kapasiti
Pilih kapasiti Power Bank mengikut keperluan dan bukan keinginan.
6-Jaminan
Pilih Power Bank yang mempunyai tempoh jaminan(warranty) paling kurang setahun.
7-Model
Bergantung kepada pembeli namun perlu mengambil kira maklumat diatas.
8-Bateri
Pilih ketahan bateri yang bersesuaian dengan kadar penggunaan Power Bank tersebut.
9-Sekuriti
Semak ketulen bateri pada label kotak dan pastikan ia bukan dari penggunaan bateri recycle.
10-Output
Semak voltan pada port output Power Bank kerana ia mempengaruhi kepantasan pengecasan dan juga pengeluaran kuasa secara maksimum.
11-Plug
Pilih Power bank yang tidak terlalu khusus untuk peranti tertentu sahaja.
12-Indikator
Semak samaada Power Bank tersebut memiliki indikator seperti pengecasan berlebihan dan kawalan suhu.
13-Kabel
Mempunyai sokongan untuk penggunaan kabel data original peranti.
14-Harga
Survey harga sebelum pembelian dengan mengambil kira kualiti, dan spesifikasi yang ditawarkan.
15-Set
Semak pakej / set yang akan diperolehi semasa pembelian Power Bank.
No comments:
Post a Comment