Nuffnang 4

Thursday, 28 November 2013

In4 - Cuti Tambahan 2014 bagi wilayah persekutuan KL,Putrajaya dan Labuan

#Yeay! cuti extra...

28/11/2013 11:30pm


KUALA LUMPUR - Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk mengisytiharkan Hari Nuzul al-Quran sebagai hari kelepasan am bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bermula tahun depan.
Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini mengumumkan hari kelepasan am tersebut telah pun diwartakan mengikut Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369).
Selain itu, kerajaan turut menetapkan satu hari kelepasan am tambahan bagi ketiga-tiga Wilayah Persekutuan tersebut pada 3 Februari 2014, iaitu pada hari Isnin, berikutan pertindihan cuti Hari Wilayah Persekutuan dengan hari kedua Tahun Baru Cina yang jatuh pada pada hari Sabtu, 1 Februari 2014.
Menurut kenyataan itu, pengisytiharan cuti am tambahan bagi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan adalah berdasarkan Seksyen 9(2) akta yang sama.

"Pengumuman ini diharapkan membolehkan orang ramai membuat perancangan awal,” menurut kenyataan itu. - Bernama


1.Hari Nuzul Al-Quran   : 15 Julai 2014 (Selasa)
2.Tahun Baru cina : 3 Februari 2014 (Isnin)

No comments:

Post a Comment