Tarikh: 18- 22 November 2013
Tempat: Intan Wilayah Tengah
Alhamdullillah .. akhirnya tamat jugak kursus di Intengah last week. Past nie leh "comfom" dah. So, apa aktiviti yang dilakukan sepanjang minggu adalah berkisarkan ceramah berkaitan dengan tugas dan maklumat am yang perlu diketahui oleh semua penjawat- penjawat awam.
Day 1:
Hari pertama semua aktiviti adalah melibatkan aktiviti dalam kumpulan sahaja. dari 8 pagi sampai jam 5 ptg. selepas 5 ptg , akan melakukan aktiviti riadah selama 1 jam. selepas jam 6 ptg, peserta dibenarkan untuk "punch out" dan pulang ke rumah atau asrama.
Aktiviti 1: Berkenalan bersama rakan2 peserta yang lain
Aktiviti 2: Permainan " sifir 3 + botol"
Aktiviti 3: Bina Kumpulan dengan menggunakan hanya Suara binatang
Aktiviti 4: Cipta logo, nama dan jingle kumpulan
Aktiviti 5: Present makna logo, reason pemilihan nama
Aktiviti 6: Pemainan "tembak".
Aktiviti 7: Permainan " cucuk lidi ke dalam belon yang berisi angin"
Aktiviti 8: Permainan " Meletakkan 12 biji paku keatas satu paku"
Aktiviti 9: Permainan " Masuk ke dalam rotan tanpa melepaskan tangan"
Aktiviti 10: Rumusan keseluruhan permainan oleh fesilitator
Aktiviti 11: Riadah (Senamrobik, jogging)
Day 2:
Aktiviti 1: Mc dan bacaan doa (dilantik dikalangan peserta)
Aktivit 2,3,4 : Ceramah
Aktiviti 5: Riadah (Senamrobik, permainan-futsal,badminton,bola tampar, dan lain2)
Day 3:
Aktiviti 1: Mc dan bacaan doa (dilantik dikalangan peserta)
Aktiviti 2: Exam Paper 1 berdasarkan ceramah hari kedua (10 soalan objektif)
Soalan (yg ingat):
1. Pakaian wanita yang tidak boleh dipakai ke pejabat?
(pilihan jawapan ada : kain songket, mini telekung, purdah)
Aktiviti 3,4,5 : Ceramah
Aktiviti 6: Riadah (Senamrobik, permainan-futsal,badminton,bola tampar, dan lain2)
Day 4:
Aktiviti 1: Mc dan bacaan doa (dilantik dikalangan peserta)
Aktiviti 2: Exam Paper 2berdasarkan ceramah hari ketiga (10 soalan objektif)
Soalan (yg ingat):
1. Nama peraturan tatatertib?
Aktiviti 3,4,5 : Ceramah
Aktiviti 6: Riadah (Senamrobik, permainan-futsal,badminton,bola tampar, dan lain2)
Aktiviti 7 : Makan2, karaoke, majlis perpisahan
Day 5:
Aktiviti 1: Mc dan bacaan doa (dilantik dikalangan peserta)
Aktiviti 2: Exam Paper 3 berdasarkan ceramah hari keempat (10 soalan objektif)
Aktiviti 3 : Ceramah
Aktiviti: Penilaian kursus dan pulang.
Kalau tinggal kt putrajaya, boleh tinggal kt asrama tak? Ke mmg dia terpulang atas peserta utk tinggal di asrama atau ulang alik dari rumah?
ReplyDelete